2008 Royalti minyak Petronas

Pada 20 April 2008, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kementerian Kewangan menyalurkan Wang Ehsan terus kepada kementerian berkaitan tanpa pengetahuan kerajaan negeri Terengganu.Terlalu banyak pihak yang menguruskan royalti minyak kerana ia wang ehsan yang tidak memenuhi kehendak rakyat Terengganu sendiri. Rakyat Terengganu hendaklah didahulukan ketika pelaksanaan royalti minyak.[1]

Hasil dari perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 22 Mac 1975 (payment undur section 4, Petroleum Development Act, 1974), kerajaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti selama 22 setengah tahun berjumlah RM7.2 bilion sehingga ia diberhentikan pada September 2000 sehingga 2008.

Pada 30 April 2008 Dewan Rakyat menolak usul Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) agar membahaskan isu royalti minyak ini. Pada 7 Mei 2008 pula Dewan Undangan Negeri Terengganu menolak usul oleh Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung dengan royalti petroleum ini.[2]